[ ]
[ ]
YOON | ALIA
Watashi No Kokoro







✿ FACEBOOK
✹ TWITTER
✖ ASKFM
☂ ASIANFANFIC
✈ LINK 5
+
+

Our Moment ON 9/28/2013 AT 19:54




First time dalam hidup aku,aku jadi keliru macam ni..maksud aku,aku macam bermain tarik tali dengan sesorang yang dimana aku tahu aku yang akan kalah.Aku keliru sama ada dia betul-betul ke sukakan aku or as friend.

Dia aku kenal melalui seorang kenalan di wechat.Masa tu aku baru beli BB and tetiba kenalan wechat tu cakap kawan dia nak add bbpin aku.So aku just say ok.Then dah lama-lama tu aku jadi makin rapat dengan dia(rakan baik kenalan wechat).Kami mesej macam biasa.First aku tengok muka dia semasa dia datang hantarkan tiket bas,sebab masa tu aku tak sempat nak beli tiket and dia hantar didepan rumah aku sendiri and thats my first time seeing that boy.Kami betul-betul rapat masa bulan puasa tahun ni.Dia jenis tidur lambat sebab katanya dia susah nak tidur.Sebelum sahur dia akan hantar chat dan kami akan bersembang kadang-kadang sampai aku tertidur tak pun bila dah nak sahur.Masa bulan puasa juga aku mengadu kat dia pasal aku and my ex.Masa tu aku baru break and dia je tempat aku bercerita.


Selepas hari raya.Aku dengan budak tu masih lagi rapat.Kami bahasakan diri kami kanda dinda.haha kelakarkan(≧∇≦) .Macam mana kami boleh bahasakan diri macam tu? sebab aku kadang-kadang bila chat dengan orang lain aku lebih gemar bahasakan diri aku Beta,den tak pun lia and masa aku bahasakan diri aku beta dengan dia,dia cakap sampai hati panggil dia tuan hamba.Hahaha then ntah macam mana boleh lekat kanda dinda tu.So sweet tau tak (^_−)−☆


Kali kedua aku jumpa dia? masa kami nak balik ipoh.Aku balik dengan dia tau,first time pulak tu.Kami cuti 4 hari.Cuti hari Malaysia.Masa dalam bas mula-mula tu memang awkward la.Pastu kami sembang-sembang then dia cakap nak tengok movie ke? aku pun okey je la.Masa tengok movie kami makin lama makin rapat.Sampai kat Ipoh, mama tak boleh ambil.Tapi memang dari awal lagi aku cakap nanti sampai ipoh dia kene hantar aku balik.So dia memang hantar aku balik.


Poli kami hari isnin cuti and kelas aku hari ahad cancel.So ingat nak balik hari isnin la kan.Boleh duduk rumah lama sikit.Tapi masa hari ahad dia nak pergi beli tiket tapi tiket habis untuk hari isnin so kami cuba tengok tiket kereta api.Tapi full hahaha memang kelakar la masa tu sebab tak tau nak buat macam mana.Last-last kami buat keputusan untuk balik hari ahad tu juga.So kami balik malam,tiket pukul 10:15PM.Masa kat stesen bas tu aku jumpa mak dia and dia jumpa mak aku.Tapi tak sembang la just senyum-senyum sebab masa tu dah nak naik bas.Sebelum balik tu mama ada buat kek and suruh bagi kat dia.Mama cakap orang buat baik dengan kita,kita buat baik balik dengan dia sebab dia kan hantar aku balik masa mama tak boleh ambil.


Masa dalam bas,kami sembang macam biasa.Aku akan bawa selimut tau setiap kali balik tak kisah la naik kereta api or bas.Masa tu plak aku bawa selimut memang sejuk sangat.Mula-mula tu dia tak nak share segan kut.Hahah lama-lama dia ckp "ish semak je selimut ni" then dia tarik selimut badan dia..hahha masa tu first time kami share selimut and for me its so romantic.Tapi aku tau aku syok sendiri je.Dia mesti tak ada apa-apa perasaan kan.Then masa dalam bas juga aku dengan dia dok bbm padahal sebelah-sebelah je bajet macam dok jauh..tapi hey kami bbm bukan sebab awkward tau tapi sebab saja suka-suka.Masa berhenti kat mana ntah dia turun nak pergi toilet.Pastu dia belikan air kotak.sweet kan.Hahah..Lepas berhenti dalam 15 minit bas bergerak kembali.Kami sembang macam-macam.Aku saja main bb dia shake then add girls dalam wechat saja kacau dorang.Dia plak duk reply chat mamat mana ntah yang dok bbm aku.Dah lama-lama tu aku dengan dia share earphone then dengar lagu sampai aku terlelap.Pastu cakap sakit tengkuk then dia tepuk bahu dia cakap baring la and aku pun baring kat bahu dia sampai la kat Jitra.


Masa sampai jitra tu dalam pukul 2 or 3 tak ingat.Kami duduk situ tak tau nak naik teksi or tak.Last-last dia call mmber dia suruh bawa dua moto.Masa tunggu member dia,dia bagi aku puding abang dia buat tak silap pastu aku kasi la kek yang mak aku buat.Tunggu punya tunggu member dia pun datang and dia hantar aku balik naik moto.Thats my first time naik moto dengan dia.Masa tu rasa ntah nervous je.haha.Lepas sampai rumah tu member aku baru balik so tak apa la aku ada teman,Then dah lama-lama member aku nak keluar balik so tinggal la aku sorang.Then aku cakap aku lapar.Dia datang balik bawa aku pergi makan kat kedai mamak.Pastu lepas habis makan dia bawa aku ronda-ronda kat jitra.Sweet tau masa tu..hahah


Lepas tu kami jadi makin rapat sampaikan aku boleh TERsuka kat dia.Satu malam tu aku cerita kat member dia yang aku kenal kat wechat.Aku panggil dia senior.Aku cakap aku tersuka kat member senior tu.Senior tu cakap lebih baik bagi tahu dia and cakap kat dia jangan bagi aku harapan.Malam tu juga aku buat keputusan yang aku kene bagi tahu dia.Aku bagi tahu sebab aku tak nak terus-terus dia bagi aku harapan.Masa mesej nak cakap nite dia mintak kiss apa semua.haha aku suka tapi aku tak suka dia buat hati aku macam ni.Bila cara layanan dia kat aku buat aku lagi berharap.Padahal aku sendiri tahu yang dia tak akan sukakan aku sebab dia dah ada girl yang dia suka.Perempuan mana tak akan sayang dan terase bila seorang lelaki layan dia macam seorang kekasih kan.


Malam lepas aku bagi tau dia.Dia tak reply-reply mesej aku.Aku tahu yang aku dah kene reject.Petang tu aku ingat lagi yang aku update status kat bb cakap nak hard disc balik.Then dia hantar chat cakap dia akan bagi malam tu.Aku just cakap okey and masa tu perbualan kami jadi sangat la awkward.Serius aku tak suka.Bila aku fikir-fikir balik aku rasa bodoh sengal,banggang sebab bagi tahu dia.Pastu dia cakap tak boleh ke kita jadi kawan.Bukan aku tak nak jadi kawan dia.Tapi aku takut dengan cara dia bila aku terus kawan dengan dia lagi la aku berharap and aku sendiri yang akan kecewa nanti.


Senior tu pulak cakap yang anggap dia macam member,macam abang macam mana aku anggap senior tu abang aku,macam tu juga aku anggap dia sebagai abang aku.So aku buat keputusan aku hanya akan anggap dia as brother and kami jadi macam dulu.Rapat lagi.Tapi dalam masa aku kawan dengan dia.Perasaan aku kat dia makin kuat.Aku dah sayang kan dia.Parah.Aku tahu aku cari masalah tapi hati perempuan.Sekali dah terlajak suka sukar untuk lupakan..


Hari jumaat malam sabtu.Dia ajak tengok wayang.Tak rancang pun sebenarnya buat keputusan malam tu juga.Tak apa la aku pun pergi tengok wayang dengan dia.Kami tengok cerita Dampak,Ok cerita tu boleh la tapi slow sikit.AKu terus tengok pun sebab ada mamat handsome tapi sayang last citer tu dia mati T-T sedih sedih..haha..Sebelum tengok wayang tu kami beli set combo dapat popcorn  ,air mineral and coke besar  satu.Kami share.Dalam panggung tu dia kuat betul makan.Mulut tu tak berhenti mengunyah..hhaha comel je.Kami share air satu straw.Tak sangka dia tak kisah.Lepas habis citer tu kami pergi alor setar kat menara sebab aku nak sangat main buaian kat situ.Tapi bila sampai sana buaian penuh dengan budak-budak.So tak dapat la main,Kami just lepak kat situ je la.Sembang-sembang.Aku rasa aku rapat dengan dia.Ahhh parah sebab aku betul-betul suka kan dia.


Aku suka pinjam barang dia.Mula-mula aku pinjam earphone dia sebab earphone aku rosak.Dia hantar sendiri tau kat rumah aku.Sweet kan.Ok aku yang berlebih.Lepas tu aku pinjam mouse dia sebab masa buat cadd mouse aku rosak.Masa nak ambil kami jumpa kat Poli kat Student mall.First time aku jumpa dia kat poli.Hari tu dia handsome sangat.hehehe Petang tu mesej aku cakap kat dia yang dia handsome tadi pastu dia reply cakap aku pun comel tadi.awww malu mak tau.. 


Kali kedua kami keluar kami pergi makan Mcd sbb malam sebelumnye dia ada cakap MU lwn Liverpool and aku cakap la liverpool yang akan menang.Aku peminat liverpool tau.Hahah.Kami deal siapa kalah kene belanja makan kfc.So korang pun mesti tahu MU la yang menang.Then k dia antar mesej cakap kfc.Aku pun okey.Pastu dia hantar lagi cakap nanti share duit k sweet kan sbb dia cakap tak baik la deal-deal ni..Hahaha tapi aku cakap yang aku nak makan Mcd tak nk kfc.So kami pergi Alor Setar.Ahhh best keluar dengan dia.Lepas habis makan,kami pergi Menara k menara lagi kan.Kami jalan-jalan pastu duduk and the best moment yang jadi malam tu yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila,masa kami duduk kat bangku tu dia baling selipar aku then aku baling balik selipar dia.K sweet sangat.Serius moment paling aku akan ingat walaupun kami tak akan jumpa dah nanti.Masa nak balik kami jalan-jalan kejap masa jalan-jalan tu kami macam nak tak nak pegang tangan.Actually itu aku buat aku happy.Dia pun macam pegang kejap-kejap.Ye aku tahu aku sedang bermain dengan api.Ye aku tahu aku yang akan kecewa nanti.Tapi aku sayangkan dia.


Masa balik naik moto,mula-mula tu aku just masuk kan tangan aku dalam poket sweater dia sebab malam kan serius sejuk sangat.Pastu atas moto aku kacau-kacau dia sampai la dia suruh aku masuk kan tangan aku dalam sweater and peluk dia.First time aku naik moto dengan dia peluk dia dari belakang.Romantik sangat.Tapi masa atas masa atas motor aku rasa sebak and rasa nak  nangis sebab moment tu tak akan kekal.Suatu hari nanti aku yang akan patah hati.Aku terpikir macam our little skinship apa yang dia rasa? kadang-kadang aku terpikir ada tak rasa suka dia walaupun sikit kat aku or dia tak rasa apa-apa pun just as friend.Masa aku cerita kat senior tu dia cakap tak mungkin la dia tak ada rasa suka tu kat aku walaupun sikit.Aku tak tau nak cakap apa.


Senior tu ada cerita kat aku pasal hubungan dia dengan girl nie.Dorang rapat masa sem 3.Dua suka sama sama suka.Tapi masing-masing tak bagi tahu.Lepas tu girl tu couple ngan orang lain.Senior tu dapat tahu then girl tu cakap dia dah lama tunggu senior.Masa tu dorang tahu yang dorang suka sama suka tapi tak pernah bagi tahu.Senior tu baru je habis study and sekarang sedang bekerja di Ipoh and jodoh dia satu tempat kerja dengan girl tu.Dia still berharap kat girl tu.Dia cerita kat aku sebab dia cakap as moral of the story jangan pernah give up dengan orang yang kita sayang.


Semalam kami baru keluar sebab aku tengah bad mood ada masalah sikit.Dia cakap nak sejukkan hati aku.Dia bawa pergi Menara lagi.Heheh aku dah rasa macam menara tu tempat offically kami dating pula.Masa lepak situ aku main bb dia and bukak file picture.Aku nampak pic dia dengan girl yang dia suka tu.Aku tanya sape ni? dia cakap yang lama.Banyak sangat pic girl tu.Masa tu aku sedar layanan dia kat aku AS friend tak lebih dari seorang kawan.Aku nak nangis masa tu tapi aku tahan.Baru aku sedar tak guna untuk aku terus kejar dia kalau dia sendiri tak nak terima aku.Malam tu juga aku buat keputusan aku nak give up dengan dia and bagi pelung kat someone ni yang sedang tunggu aku.Aku mesej budak tu cakap aku akan terima dia tapi bagi aku masa and tolong aku lupakan dia.Mamat tu cakap ok.


So awak saya mintak maaf sebab saya tersuka dan sayangkan awak.Maaf sebab saya terlebih dalam pershabatan ni.Saya mintak maaf sebab saya berharap kat awak.Awak lepas ni saya janji yang saya akan lupakan awak.Awak jangan risau k.Saya doa kan awak supaya awak dengan orang yang aku suka tu akan bahagia selamanya.Terima kasih sebab terima saya sebagai kawan awak.Terima kasih awak.Dan awak jangan tanya kenapa selepas ni saya tak contact awak dah.Hmm agak-agak awak akan terasa tak kehilangan saya?


Aku pernah tanya dia,dia sayang aku tak.Dia cakap sayang la.Tapi aku tahu dia tak sayang pun sebenarnya.Dia cakap macam tu just untuk jaga hati aku.Kan best kalau dia betul-betul sayangkan aku.Lagi pun senior penah cakap dia layan perempuan memang macam tu so aku jangan berharap sangat.Masa senior tu cakap cam tu aku jadi sebak.Aku terasa sangat.Kenapa dia buat aku macam ni.Dia bagi aku harapan.Kalau la dia betul-betul anggap aku just as friend.



Awak tolong la berhenti layan saya macam ni.Sebab dengan pelahan-pelahan awak buat hati saya sakit.Saya takut suatu hari nanti saya akan pergi jauh dari awak.Saya sayangkan hubungan sahabat kita ni.I dont want to ruin it again.Saya dah confess kat awak tu pun saya menyesal sebab kita pernah jadi awkward.Saya tak nak benda yang sama berulang.Saya sayang kan awak.Biarlah walaupun kita sekadar kawan.Awak ingat tak saya pernah tanya awak kalau saya tetiba saya hilang apa awak akan buat? Awak cakap awak akan cari saya sampai jumpa.Kalau tak jumpa juga awak cakap awak akan tunggu saya.Betul ke apa yang awak cakap? Lepas tu,awak ingat tak masa kita tengah complicated lepas cakap bagi tau saya suka awak.Saya cakap kalau saya nak putus juga apa awak akan buat? Awak cakap tak apa lah kalau tu yang saya nak pastu awak cakap tapi awak still akan ganggu saya.Awak tahu masa awak cakap macam tu awak buat rasa berharap saya makin tinggi.Kenapa awak buat saya macam ni? 



Senior,Lia kan pernah janji dengan senior cakap yang lia tak akan give up dengan kawan senior tu.Tapi lia mintak maaf sebab lia tak kuat.Lia nak give up.Lia tak nk kejar dia dah.Senior terima kasih sebab selalu dengar masalah Lia.Lia mintak maaf kalau kadang-kadang lia buat senior rasa annoying yea..Lia hargai sangat sebab senior sanggup dengar pasal stupid feeling lia ni.Lia tak akan lupakan senior.Lia doakan senior bahagia dengan Kak Fara.Lia tak sabar nak jumpa dengan Kak Fara.Terima kasih juga sebab senior penah kenal kan Lia dengan kawan senior tu.Lia tak menyesal kenal dengan dia.Thanks a lot my brother.And lia bersyukur sebab kenal senior kat wechat.Senior penah cakap tanya lia dia apa hubungan kami lepas semua tu.Senior nak tahu kenapa lia tak nak tanya dia? sebab lia ada perasaan ni yang dia akan cakap 'sebagai kawan la'.But thanks sangat-sangat untuk semua nasihat yang senior bagi kat Lia.Awak kan abang saya ^^..Maaf kalau banyak nyusah kan senior sepanjang kita kenal ni yea...❤❥ 

Senior said this to me:

Pengalaman mendewasakan,Kita sering diberi pilihan untuk memilih,Setiap apa yang kita pilih adalah jalan yang terbaik untuk diri sendiri.Orang lain tak boleh nak pilih jalan hidup kita.

i remember this Senior E.G ^0^..
Some friendships arent meant to be.





0 Wolf